Tuesday, August 18, 2009



Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat & Pesuruhjaya PAS Terengganu-Datuk Harun Taib








Presiden PAS-Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang

17 Ogos 2009-Bertempat di UPU Permatang Tengah,telah diadakan ceramah kempen PRK Permatang Pasir oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Presiden PAS Pusat.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,Datuk Harun Taib mengingatkan pengundi di Permatang Pasir untuk terus memberikan kemenangan kepada calon PAS-Ustaz Salleh Man pada 25 Ogos ini.

"Takda sebab untuk kita mengundi UMNO,sebab kita ada calon yang kita yakin punya semangat jitu untuk meneruskan segala perancangan demi kebaikan umat Islam Pulau Pinang yang ditinggalkan oleh Almarhum Datuk Hamdan!",ujar beliau.

Presiden PAS,Tuan Guru Haji Hadi Awang pula menyeru pengundi untuk memberikan sokongan dan undi kepada calon PAS untuk memastikan PAS terus dapat berperanan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

"Kerusi Permatang Pasir amat penting untuk kita kukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,banyak perancangan yang dibuat untuk umat Islam Pulau Pinang yang perlu dimainkan oleh PAS,justeru PAS mesti menang untuk menjayakannya!" 

0 comments:

Post a Comment