Saturday, August 15, 2009

Gambar Sekitar Forum Perdana di Dewan Besar Sungai Dua






15 Ogos 2009-Bertempat di Dewan Besar Sungai Dua,telah diadakan Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan PAS dan Forum Perdana.Ustaz Nasharuddin Md Isa,Timbalan Presiden PAS Pusat menegaskan dalam ucapannya agar rakyat Permatang Pasir memberikan undi majoriti yang lebih besar kepada PAS dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 25 Ogos 2009.Beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab rakyat Permatang Pasir mempertahankan satu-satunya kerusi PAS di Pulau Pinang daripada UMNO/BN.

Datuk Mustafa Ali,Setiausaha PAS Pusat pula mengingatkan rakyat bahawa kerusi Permatang Pasir merupakan saluran terbaik untuk PAS Pulau Pinang komited membela nasib umat Islam di Pulau Pinang di samping menyuarakan pandangan untuk segala penambahbaikan pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Program yang bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan jamuan makan ramah mesra antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat.

0 comments:

Post a Comment