Tuesday, June 2, 2009

Program Ramah Mesra Belia & Masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang


30 Mei,Kampung Pelet-Masyarakat sekitar Kg Pelet & Kg Petani berasa bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan program Ramah Mesra Belia & Masyarakat..program yang dianjurkan dengan kerjasama JKK Kg Pelet & Kg Petani ini telah diadakan di hadapan Dewan JKK Kg Pelet & Kg Petani bermula dari jam 2.30-5.00 petang..

Program diserikan dengan kuliah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mutallib Maarof (YDP Yayasan An-Nahdhoh)...

...beliau mengingatkan tentang betapa penting masyarakat menguasai ilmu demi memajukan umat Islam.Beliau mahu pemimpin yang diangkat adalah di kalangan orang yang berilmu bagi mengelakkan kerosakan,penyelewengan dan salah guna kuasa...majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri calon PKR bagi DUN Penanti-Puan Aisyah yang mengingatkan orang ramai untuk turun mengundi pada 31 Mei 2009...hadirin turut dihidangkan dengan ikan dan ayam bakar sebelum sama-sama mengerjakan solat Asar secara berjemaah di masjid..

 Puan Aisyah-isteri Dr Mansor Othman (calon PKR DUN Penanti) hadir memberikan sokongan!

0 comments:

Post a Comment