Wednesday, August 19, 2009

Ceramah di Markaz Pemuda UPU Permatang Tengah!


18 Ogos 2009-Bertempat di Markaz Pemuda UPU Permatang Tengah (bersebelahan SK Permatang To' Kandu),telah diadakan ceramah kempen oleh Naib Presiden PAS Pusat-YB Salahudin Ayub.



Tegas beliau,"Segala kepincangan UMNO & BN selama ini sudah cukup untuk membuat kita sedar bahawa hanya PAS yang serius dan komited melalui Pakatan Rakyat untuk terus membela rakyat khusus untuk pengundi Permatang Pasir.UMNO hanyalah pembangkang di Pulau Pinang,kerusi Permatang Pasir tidak akan menjadikan UMNO sebagai kerajaan di Pulau Pinang,sebaliknya PAS akan memainkan peranan yang cukup penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersama rakan DAP & PKR!"



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon BN pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.


"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di Bukit Mertajam malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: 

"Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka." 

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.



0 comments:

Post a Comment