Tuesday, June 2, 2009

Terima kasih pengundi!




31 Mei,Penanti-Hari ini melakar sejarah apabila calon PKR,Dr Mansor Othman telah memenangi kerusi DUN Penanti sekaligus merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang!Terima kasih kepada semua pengundi terutama pengundi PAS yang turun mengundi calon Pakatan Rakyat!

Read More......

Sekitar Hari Mengundi!

























Read More......

Sekitar Ceramah Grand Final Pakatan Rakyat DUN Penanti





Read More......

Program Ramah Mesra Belia & Masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang


30 Mei,Kampung Pelet-Masyarakat sekitar Kg Pelet & Kg Petani berasa bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan program Ramah Mesra Belia & Masyarakat..program yang dianjurkan dengan kerjasama JKK Kg Pelet & Kg Petani ini telah diadakan di hadapan Dewan JKK Kg Pelet & Kg Petani bermula dari jam 2.30-5.00 petang..

Program diserikan dengan kuliah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mutallib Maarof (YDP Yayasan An-Nahdhoh)...

...beliau mengingatkan tentang betapa penting masyarakat menguasai ilmu demi memajukan umat Islam.Beliau mahu pemimpin yang diangkat adalah di kalangan orang yang berilmu bagi mengelakkan kerosakan,penyelewengan dan salah guna kuasa...majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri calon PKR bagi DUN Penanti-Puan Aisyah yang mengingatkan orang ramai untuk turun mengundi pada 31 Mei 2009...hadirin turut dihidangkan dengan ikan dan ayam bakar sebelum sama-sama mengerjakan solat Asar secara berjemaah di masjid..

 Puan Aisyah-isteri Dr Mansor Othman (calon PKR DUN Penanti) hadir memberikan sokongan!

Read More......

Monday, June 1, 2009

Sekitar solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang


29 Mei,Kubang Semang-Debaran hari mengundi semakin kuat...suasana Penanti semakin meriah dengan siri-siri ceramah penerangan Pakatan Rakyat di bilik-bilik gerakan dan markaz-markaz jentera PAS dan PKR...khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasaruddin Mat Isa mengingatkan umat Islam untuk terus memberikan mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebagai isyarat benci rakyat terhadap segala kebobrokan yang berlaku sepanjang pemerintahan UMNO & BN...kelihatan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat beramah mesra dengan Ustaz Nasaruddin selesai solat...kemesraan terpancar menggambarkan betapa utuhnya ikatan antara pemimpin PAS & PKR yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua ahli PAS dan PKR serta rakyat seluruhnya dalam menjayakan gagasan Malaysia Baru insya Allah!

Read More......