Friday, May 29, 2009

Hari Sukaneka Muslimat

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. PAKAT MAI RAMAI-RAMAI

Read More......

Pimpinan PAS bersama Dr Mansor Othman





Read More......

Thursday, May 28, 2009

Dr Mansor umum 11 piagam untuk rakyat

Mohd Sabri Said
Fri | May 29, 09 |

PENANTI, 29 Mei (Hrkh)- Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman mengumumkan 11 piagam yang bakal dilaksanakan jika rakyat memberi mandat kepadanya menjadi Adun Penanti 31 Mei nanti.

Beliau ketika membentangkan 11 piagam berkenaan menjelaskan, program pertama yang beliau akan laksanakan ialah mewujudkan Pusat Khidmat dalam masa 48 jam sebagai 'One Stop Centre' dan aduan daripada rakyat.

Selain itu beliau akan mengadakan e-mail aduan untuk membolehkan rakyat membuat aduan menerusi internet sepanjang hari di samping menjayakan hasrat dan amalan turun padang ke kampung serta meninjau dari dekat permasalahan rakyat.

Piagam itu juga menyebut bahawa beliau akan mendahulukan kebajikan rakyat serta membanyakan program kebajikan terutamanya membabitkan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim.

Memberi bimbingan kepada pelajar dengan menwujudkan kelas tambahan secara percuma terutama pelajar miskin dan membina jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada Piagam yang diumumkan semalam.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Penanti maka sebab itu saya dan parti telah menggariskan 11 piagam untuk tindakan, " jelas Timbalan Pengerusi KeAdILan Pulau Pinang itu dalam sidang media yang diadakan.

Menyentuh mengenai persoalan kenapa bekas Adun Penanti, Fairuz Khairudin tidak kelihatan langsung di Penanti, Mansor menegaskan, beliau kini berada di Australia dan tiada kesempatan turun berkempen.


Dalam pada itu katanya Pakatan Rakyat mengalu-alukan mana-mana pemimpin daripada PAS, KeADILan dan DAP supaya datang dan mendaftarkan diri di urusetia di Yayasan Aman sebelum bertugas menerangkan polisi Kerajaan Pulau Pinang atau membantu jentera sedia ada di semua Jentera Daerah Mengundi KeADILan (JDM).

Turut sama dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti ialah Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi, Johnson Chong. - azm _

Read More......

UMNO terdesak


siri penerangan kenapa UMNO tidak bertanding di Pilihanraya Kecil Penanti menunujukkan UMNO sudah tidak releven untuk memerintah Malaysia.

Tiga siri penerangan yang diadakan di tempat berbeza disampaikan oleh Lokman Noradam, Tn Hj Abdullah Bahari dan Ustaz Kamal Saidin.

PAS kesal dengan tindakan ini dan meminta rakyat menolak parti khianat UMNO/BN pada pilihanraya umum nanti.

Angkatan Muda Keadilan telah membuat laporan polis melalui ketua penerangan AMK Permatang Pauh saudara Syukri Bin Abd Hamid

Read More......

Jom Makan Ikan Bakar

PAS cawangan Tanah Liat menganjurkan Program Jom makan Ikan bakar. Seramai 100 orang ahli PAS cawangan datang bersama keluarga masing-masing.

Turut menghadiri program tersebut ialah Adun Paroi YB Taufiq Abd Ghani, beliau berharap rakyat di Penanti akan turun beramai-ramai mengundi pada Pilihanraya nanti untuk memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa Rakyat sudah menolak Barisan Nasional.

ketika program itu, calon Pakatan Rakyat Penanti Dr Mansor Othman, juga sempat singgah sekejap untuk menjamu ikan bakar PAS cawangan Tanah Liat.




Dr Mansor Othman bersama dengan Adun Paroi Yb Taufiq Abd Ghani


YB Taufiq bersama para petugas

Wah sedapnya

YB Taufiq berceramah kepada para tetamu


Read More......

Pas Gempur Pengundi Tanah Liat

Jentera Parti Islam Se-Malaysia menggempur pengundi di Tanah Liat. Rombongan seramai 20 orang masuk berjumpa pengundi di Tanah Liat.

Menurut Ketua delegasi tersebut, Ahmad Hisham Bin Abdullah para pengundi PAS disana sedia menyokong dan turun mengundi pada 31 Mei nanti.

Jentera PAS merayu pengundi


Pastikan Kemenangan Pakatan Rakyat



Taklimat daripada Ketua Cawangan Tanah Liat tentang lokasi rumah pengundi PAS


Mesra para jentera semasa berkempen

Kami nak Undi PAS tapi belum cukup umur

Read More......

Tuesday, May 26, 2009

2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran

oleh ARIFUDDIN ISHAK

PENGAKUAN... Anggota MT PKR, Cheah Kah Peng (tengah) hari ini mengaku yang beliau dan penolong exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Peter Lim telah menemui calon Bebas Aminah Abdullah, 57, seperti yang didakwa Aminah semalam.

BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.


Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.


"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.


Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.


Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.


"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.


"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.


"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.


Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.


Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.


Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.


Bagaimanapun mereka enggan mengulas apabila ditanya mengenai kandungan rakaman tersebut yang menyentuh mengenai tawaran-tawaran tawaran tersebut.


"Itu (tawaran) apa yang awak fikir, apa yang awak tafsirkan.


"Mengapa anda tidak tanya beliau sendiri memandangkan beliau yang bangkitkan mengenai perkara ini," kata Cheah yang juga seorang peguam.


Katanya lagi perkara tersebut diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.


"Kami sudah berbincang dengan peguam, dan mereka akn selesaikan perkara ini," kata Chah.


Dalam sidang media itu juga Cheah menegaskan bahawa kehadiran beliau bersama Peter bukan mewakili PKR, sebaliknya atas kapasiti sebagai kenalan lama.


"Kami hadir dengan kehendak sendiri, bukan atas dorongan sesiapa dari parti," katanya.


Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, Cheah berkata Aminah menunjukkan hasrat untuk kembali menyertai PKR.


"Beliau juga nyatakan mungkin tidak akan teruskan untuk bertanding sebagai calon, dia tanya sama ada perlu atau tidak untuk teruskan.


"Dia jemput kita untuk beri pandangan, kita kongsi pandangan kita sahaja...kami bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau," katanya yang mengakui mengenali Aminah dan keluarga sejak tahun 1999.


Ditanya sama ada beliau akan terus menjalinkan persahabatan bersama Aminah dan keluarganya selepas isu ini dibangkitkan, beliau berkata "Kami masih kawan, tapi perasaan saya kini bercampur."


sumber: http://mstar.com.my

Read More......

CALON PAKATAN RAKYAT


Dr Mansor Othman merupakan Tim. Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pulau Pinang.

Beliau merupakan bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia(USM) dan memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Falsafah(M.Phil) dari University of Yale,

Semasa Dato' Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan setiausaha politiknya.

Read More......

PAS ISTIQAMAH BANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


Parti Islam Se-Malaysia(PAS) terus komited untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat Dr Mansor Othman.

Bermula semalam Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man telah melancarkan kesemua unit peti undi(PAS) untuk memenangkan Calon Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya Ustaz Salleh meminta supaya setiap UPU mengerakkan semua pengundi PAS untuk turun mengundi Dr Mansor Othman pada 31 Mei 2009 nanti.

Beliau juga mengingatkan semua pekerja parti supaya tidak mengambil sikap sambil lewa dan melepas tangan walaupun bukan calon PAS yang bertanding.

Beliau juga menyeru ahli PAS supaya mengamalkan sikap setiakawan yang tulen dan terus menjadi pendokong kepada perjuangan Pakatan Rakyat dalam rangka menafikan kemenangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Read More......